Malaysia Oversight

Grab Kini Menawarkan Langganan Percuma ChatGPT Plus Selama Sebulan Untuk Pelanggan Grab Unlimited

By Amanz in August 15, 2025 – Reading time 1 minute
Grab Kini Menawarkan Langganan Percuma ChatGPT Plus Selama Sebulan Untuk Pelanggan Grab Unlimited


Kini Menawarkan Langganan Percuma ChatGPT Plus Selama Sebulan Untuk Pelanggan Unlimited

August 15, 2025

Aman

Grab kini hadir dengan promosi eksklusif untuk para pelanggan Grab Unlimited, dimana mereka menawarkan langganan percuma untuk ChatGPT Plus selama sebulan. Promosi terhad ini ditawarkan secara eksklusif untuk para pelanggan Grab Unlimited sahaja.

ChatGPT Grab

Semua pelanggan Grab Unlimited boleh menebusnya melalui halaman Grab Rewards pada aplikasi Grab. Grab akan menawarkan kod khusus yang pengguna boleh menebusnya untuk mendapatkan akses ChatGPT Plus selama sebulan. Walaubagaimanapun, aplikasi ChatGPT akan meminta anda memasukkan maklumat kad sebelum dapat menebusnya. Bagi anda yang tidak ingin meneruskan langganan, perlulah membatalkan langganan selepas menebus kod ChatGPT Plus berkenaan.

Grab menawarkan promosi ini sehingga 31 Disember 2025, dimana setiap pelanggan Grab Unlimited boleh menebusnya sekali. Bagi anda yang melanggan Grab Unlimited, boleh melakukan penebusan hari ini melalui aplikasi masing-masing.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link