Malaysia Oversight

Grab Kini Membolehkan Anda Melakukan Tempahan Meja Makan Di Restoran

By Amanz in November 24, 2025 – Reading time 1 minute
Grab Kini Membolehkan Anda Melakukan Tempahan Meja Makan Di Restoran


Kini Membolehkan Anda Melakukan Tempahan Meja Makan Di Restoran

November 24, 2025

Aman

kini menambah sebuah ciri baharu pada aplikasi mereka, iaitu kebolehan untuk melakukan tempahan meja makan di rakan restoran Grab. Dengan menggunakannya, anda boleh melakukan tempahan, dan seterusnya hadir ke restoran berkenaan dalam menikmati hidangan.

Grab Book Table

Pengenalan ciri ini terus mengukuhkan lagi kedudukan Grab dalam arena makanan di Malaysia. Bukan setakat tempahan makanan dan pengambilan makanan sahaja, kini mereka turut meliputi sokongan melakukan tempahan meja makan, dan seterusnya turut menguruskan pembayaran menggunakan aplikasi Grab.

Buat masa ini, ciri baharu ini ditawarkan untuk pengguna di Lembah Klang, dan dijangka diperluaskan ke bandar-bandar lain secara berperingkat dalam bulan-bulan akan datang. Sempena promosi pengenalan, setiap pelanggan yang melakukan tempahan meja melalui Grab ini akan turut menerima 150 GrabCoins.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link