Malaysia Oversight

GPU Intel Arc Pro B60 dan Arc Pro B50 Dilancarkan Untuk Prosumer

By Amanz in May 20, 2025 – Reading time 1 minute
GPU Intel Arc Pro B60 dan Arc Pro B50 Dilancarkan Untuk Prosumer


Intel

GPU Intel Arc Pro B60 dan Arc Pro B50 Dilancarkan Untuk Prosumer

May 20, 2025

Effi Saharudin

Sempena Computex 2025, Intel melancarkan dua GPU baharu Intel Arc Pro B60 dan Intel Arc Pro B50 yang menyasarkan penggunaan dalam kalangan pengguna prosumer seperti jurutera, pembinaan dan senibina. Ini mungkin sedikit mengecewakan golongan gamer yang menantikan GPU baharu sebagai kesinambungan kepada Arc B580 dan Arc B570 untuk bersaing dengan siri RTX 5000.

Intel Arc Pro GPU

GPU Intel Arc Pro B60 dan B50 GPUs adalah berasaskan seninbina Xe2 dengan ia dilengkapi dengan teras AI Intel Xe Matrix Extensions (XMX) bagi melakukan inferens model kecerdasan buatan (AI). Ia turut mempunyai unit menyokong ray-tracing bagi menyokong aplikasi kejuruteraan, senibina dan juga penghasil kandungan. GPU Intel Arc Pro B60 dilengkapi memori sebesar 24GB manakala Intel Arc Pro B50 pula dilengkapi memori sebesar 16GB.

Intel Arc Pro GPU B

Kad grafik dengan Intel Arc Pro B60 GPU akan ditawarkan oleh ASRock, Gunnir, Lanner, Maxsun, Onix, Senao dan Sparkle bermula Jun ini manakala kad grafik Intel Arc Pro B50 GPU akan mula dijual bermula Julai.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link