Malaysia Oversight

Google Project Genie Menjana Dunia Interaktif Menggunakan AI

By Amanz in January 30, 2026 – Reading time 1 minute
Google Project Genie Menjana Dunia Interaktif Menggunakan AI


Google Project Genie Menjana Dunia Interaktif Menggunakan AI

January 30, 2026
Google
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

Kecerdasan buatan (AI) generatif sudah boleh menjana teks, gambar, audio dan video. Hari ini Google DeepMind mengumumkan Project Genie dengan ia adalah AI generatif yang boleh menjana dunia interaktif selepas hanya memasukkan beberapa prom.

Projek Genie meminta pengguna memberikan prom dunia interaktif yang ingin dijana dan juga prom berasingan untuk watak yang boleh dikawal di dalam dunia yang akan dijana. Projek Genie dikuasakan oleh tiga model AI iaitu Genie 3, Nano Banana Pro dan Gemini bagi menghasilkan dunia dalam pelbagai gaya. Ia boleh kelihatan realistik, seakan dunia animasi, dunia permainan video, lukisan cat air dan banyak lagi.

Google Project Genie B

Jika pengguna tidak mempunyai idea apakah yang ingin dijana, Project Genie sudah mempunyai beberapa dunia tersedia. Dunia-dunia ini kemudiannya boleh disunting dan diolah semula oleh pengguna dengan memasukkan prom baharu. Project Genie masih di peringkat percubaan dengan diberikan kepada pelanggan Google AI Ultra di Amerika Syarikat sahaja terlebih dahulu.



Source link