Google Photos Recap 2025 Kini Boleh Diakses Pengguna
Amy Maizuraa
Google Photos Recap 2025 kini boleh diakses oleh pengguna global. Ia menampilkan sorotan gambar dan video sepanjang tahun yang dipersembahkan dengan grafik menarik. Berbanding tahun sebelumnya, versi kali ini lebih peribadi kerana boleh disesuaikan mengikut pilihan pengguna, pada masa yang sama lebih mudah untuk dikongsi.

Bahagian Recap kini menyediakan statistik seperti jumlah gambar, individu paling kerap dirakam dan tambahan kiraan swafoto. Google juga menambah pilihan untuk menyembunyikan individu atau foto tertentu sebelum menjana semula versi baharu.

Selain itu, pengguna boleh menyunting Recap terus melalui aplikasi CapCut dengan templat eksklusif Google Photos, serta berkongsi sorotan melalui WhatsApp Status atau media sosial lain.

Google Recap 2025 boleh diakses melalui ‘Memories’ carousel sepanjang bulan Disember dan akan kekal dalam tab ‘Collections’. Sepanjang bulan tersebut, pengguna juga akan menerima sorotan tambahan yang menampilkan momen terbaik tahun 2025.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






