Google Perkenal Google Antigravity – Platform Pembangunan Berasaskan AI, Memudahkan Sempoicara
Aman
Bersama-sama pengenalan Gemini 3, Google hari ini turut memperkenalkan penawaran perisian mereka tersendiri, dinamakan Google Antigravity. Google memasarkannya sebagai platform pembangunan berasaskan AI, dan ditawarkan untuk pengguna Windows, Mac dan Linux.

Google Antigravity menawarkan perisian yang mengabungkan kemudahan melihat kod, integrasi tetingkap untuk melihat aplikasi yang dibangunkan, selain akses kepada agen AI untuk memudahkan pembangunan dan pengaturcaraan.
Google mengatakan Google Antigravity hadir bersama akses kepada Gemini 3, akses kepada Gemini 2.5 Computer Use untuk membolehkan kawalan pada pelayar web, dan juga akses kepada Nano Banana untuk penjanaan imej.
Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, boleh memuat-turun Google Antigravity hari ini, dan mengggunakannya dalam pembangunan aplikasi atau web anda.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






