Google One Lite Kini Ditawarkan Di Malaysia – RM3.50 Sebulan Atau RM35 Setahun Untuk 30GB
Aman
Google kini telah menambah satu lagi pelan penawaran Google One untuk pasaran Malaysia, iaitu Google One Lite. Seperti pada namanya, ia diletakkan pada penawaran lebih rendah berbanding Google One Basic, dan menawarkan storan sebanyak 30GB melalui langganannya.

Seperti ramai sedia maklum, Google menawarkan storan sebanyak 15GB untuk semua pengguna, dan dengan pelan langganan ini, ia akan menjadikan storan pada akaun anda berganda kepada 30GB. Storan berkenaan boleh digunakan untuk Google Photos, Google Drive dan juga GMail. Google One Basic pula menawarkan storan sebanyak 100GB.
Google One Lite ditawarkan pada harga RM3.50 sebulan, dan berharga RM35 untuk setahun. Google turut menawarkan diskaun untuk tiga bulan terawal, serta langganan tahunan bagi tahun pertama. Bagi pengguna berminat, boleh menyemak pelan ini melalui aplikasi Google One hari ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






