Malaysia Oversight

Google NotebookLM Kini Membenarkan Perkongsian Nota dan Podsiar Kepada Umum

By Amanz in June 4, 2025 – Reading time 1 minute
Google NotebookLM Kini Membenarkan Perkongsian Nota dan Podsiar Kepada Umum


Google NotebookLM Kini Membenarkan Perkongsian Nota dan Podsiar Kepada Umum

June 4, 2025

Effi Saharudin

Antara perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) kegemaran saya ialah Google NotebookLM yang boleh mencerna pelbagai sumber maklumat menjadi satu nota padat yang kemudiannya diubah menjadi podsiar. Jika tiada masa membaca, podsiar boleh didengari ketika di dalam kereta. Hari ini, NoteboookLM mengumumkan ciri perkongsian buku nota dan audio podsiar yang dihasilkan kepada umum.

Google NoteBookLM Share

Ini memudahkan perkongsian dengan rakan, sanak-saudara, rakan sepejabat atau anak murid yang boleh menggunakan nota-nota yang telah dihasilkan bagi kegunaan peribadi. Dengan ciri podsiar Audio Overviews, bukan sahaja pengguna boleh mendengar perbualan dalam bentuk idea, soalan juga boleh diberikan kepada kecerdasan buatan (AI) yang kemudiannya memberikan jawapan dalam bentuk audio berdasarkan sumber yang diberikan.

Mereka yang menerima pautan boleh mengakses dokumen yang dikongsi tetapi tidak boleh melakukan sebarang suntingan.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link