Malaysia Oversight

Google Menyasarkan Penyertaan Gemini Sebagai Pilihan Terbina Pada iPhone Seawal Tahun Ini

By Amanz in May 1, 2025 – Reading time 1 minute
Google Menyasarkan Penyertaan Gemini Sebagai Pilihan Terbina Pada iPhone Seawal Tahun Ini


Apple
/
Google

Google Menyasarkan Penyertaan Gemini Sebagai Pilihan Terbina Pada Seawal Tahun Ini

May 1, 2025

Aman

CEO Google Sundar Pichai hari ini berkongsi di mahkamah yang mana mereka dalam perbincangan bersama , dan menyasarkan untuk menambah sokongan Gemini secara terbina pada , seawal tahun ini.

Apple Siri

Seperti ramai sedia maklum, sebelum ini telah memperkenalkan integrasi sokongan kecerdasan buatan dinamakan Intelligence. Ketika pengenalan tahun lepas, Apple turut menambah sokongan integrasi ChatGPT pada iOS dan macOS melalui Siri serta beberapa fungsi lain, sekaligus memudahkan pengguna dalam mengakses sokongan kecerdasan buatan berkenaan.

Ketika pengenalan sendiri Apple sedia dipetik menyatakan terbuka untuk menambah penawaran pihak lain, dan sedia berbincang dengan Google.

Untuk makluman, Google dan Apple sedia bekerjasama sekian lama, dan Google turut membayar Apple untuk menjadi enjin carian utama pada produk keluaran Apple. 

Apple sendiri menyasarkan acara khas memfokuskan pembangun pada Jun 2025 ini, dimana mereka dijangka berkongsi lanjut berkenaan penawaran kecerdasan buatan Apple Intelligence, selain ciri lain yang akan hadir pada iOS 19 kelak. Mungkinkah kita akan melihat penyertaan Gemini melaluinya?

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link