Google Mengatasi Apple Sebagai Syarikat Kedua Paling Bernilai Di Dunia
Aman
Alphabet, syarikat sebalik Google kini berjaya memintas Apple, sekaligus menjadi syarikat kedua paling bernilai di dunia. Ketika artikel ini ditulis, Alphabet mempunyai nilai pasaran sebanyak $3.892 trilion, sementara Apple pula mempunyai nilai pasaran sebanyak $3.863 trilion.
Ini juga dilihat kali pertama Google mengatasi Apple, sejak 2019 yang lepas.

Alphabet dilihat mempunyai kedudukan yang strategik dalam arena kecerdasan buatan, dimana mereka membangunkan cip, model dan juga turut menyediakan penawaran kepada pengguna awam. Malah, dengan integrasi bersama pelbagai perkhidmatan Google lain, ia menjadikan kedudukan Google sebagai penyedia kecerdasan buatan yang sangat strategik berbanding lain.
Selain itu, Google turut mempunyai platform penstriman terkemuka dunia, YouTube, serta telah mula memperluaskan khidmat pengangkutan roboteksi Waymo.
Sementara sebagai perbandingan, Apple dilihat agak ketinggalan dalam arena kecerdasan buatan, dan beberapa ciri yang dijanjikan Apple mengalami kelewatan dalam pengenalan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






