Malaysia Oversight

Google Maps Untuk iOS Kini Boleh Menyenaraikan Lokasi Berdasarkan Tangkapan Layar

By Amanz in May 10, 2025 – Reading time 2 minute
Google Maps Untuk iOS Kini Boleh Menyenaraikan Lokasi Berdasarkan Tangkapan Layar


Google

Google Maps Untuk iOS Kini Boleh Menyenaraikan Lokasi Berdasarkan Tangkapan Layar

May 9, 2025

Nazrin

Jika anda seorang pengguna peranti , kemaskini kepada aplikasi peta digital Google Maps baru-baru ini telah dikemaskini untuk membolehkannya mengimbas tangkapan layar lokasi-lokasi yang diambil anda, dan menyenaraikannya didalam aplikasi tersebut.

Ciri ini telah diumumkan pada bulan Mac yang lalu, dan kini ia nampaknya sudah sedia digunakan oleh pengguna peranti . Google Maps menggunakan kemampuan AI Gemini untuk mengimbas tangkapan layar untuk mencari lokasi berdasarkan gambar didalam tangkapan layar tersebut, ataupun alamat yang tertera padanya.

image 16

Ciri ini diharapkan memudahkan pengguna peranti untuk mengingati lokasi-lokasi menarik dengan lebih mudah, iaitu melalui penyenaraian lokasi di Google Maps, daripada perlu untuk mencari tangkapan layar yang diambil berbulan-bulan dahulu.

Untuk mengaktifkan ciri ini, pengguna iPhone hanya perlu memastikan bahawa aplikasi Google Maps sudahpun dikemaskini dengan versi yang terbaru, dan kemudiannya pergi ke tab “You” untuk melihat senarai Screenshots.

image 17

Semua tangkapan layar yang diambil yang mempunyai gambar lokasi yang dikenali, ataupun alamat kepada sesebuah lokasi akan disimpan disini. Ia kemudiannya boleh dipindahkan ke senarai lain sekiranya dimahukan.

Jika anda membenarkan Google Maps untuk mengakses semua gambar-gambar anda, ia akan mengimbas folder tangkapan layar anda dan akan mengimbas lokasi dan alamat yang ia ketahui. Anda juga boleh memilih untuk memuat-naik gambar secara manual untuk imbasan ini untuk memastikan bahawa ia hanya mengimbas gambar-gambar yang anda mahukan.

Google mengatakan bahawa ciri ini akan hadir untuk peranti Android di masa akan datang.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link