Malaysia Oversight

Google dan Epic Games Melakukan Perjanjian Rahsia $800 Juta Untuk Selesaikan Kes Saman

By Amanz in January 23, 2026 – Reading time 1 minute
Google dan Epic Games Setuju Selesaikan Kes Saman Dengan Mengurangkan Bayaran Play Store


Google dan Epic Games Melakukan Perjanjian Rahsia $800 Juta Untuk Selesaikan Kes Saman

January 23, 2026
e-Permainan
Google

Effi Saharudin

Pada November lalu, Google dan Epic Games bersetuju menyelesaikan kes saman kerana Fortnite dibuang daripada App Store. Tetapi The Verge melaporkan kedua-dua syarikat turut telah melakukan perjanjian rahsia melibatkan nilai pelaburan $800 juta.

Epic games store IOS Apple

Perjanjian rahsia ini terbongkar dalam kes anti persaingan antara Google dan Amerika Syarikat. Google bersetuju melakukan pelaburan bernilai $800 juta selama enam tahun ke dalam Epic Games. Epic Games akan membantu Google memasarkan Android manakala Google pula pula menggunakan teknologi teras Epic Games dalam produk mereka.

Kerjasama ini dilihat sebagai usaha untuk menawarkan lebih banyak permainan video dengan Unreal Engine ke Android dan pada waktu yang sama Unreal Engine akan disokong dengan lebih baik pada produk Google seperti peranti Android XR.

Ini adalah perkembangan menarik bagi golongan gamer kerana ia akan membolehkan permua yang setakat ini hanya ditawarkan di iOS disokong juga di Android. Semasa pelancaran Snapdragon 8 Elite Gen 5 tahun lalu, ia adalah cip pertama menyokong sepenuhnya Unreal Engine 5.

Google dan Epic Games menyaman satu sama lain hampir enam tahun lalu selepas Fortnite ditendang keluar daripada Play Store kerana memperkenalkan sistem bayar alternatif yang memintas sistem pembayaran Google. Mahkamah berpihak dengan Epic Games dengan Google dituduh melakukan perniagaan secara monopoli dan mengarahkan mereka membuka Play Store kepada aplikasi stor aplikasi pihak ketiga.



Source link