Malaysia Oversight

Gmail Kini Mengintegrasikan Gemini Dengan AI Overview, AI Inbox dan Bantuan Menulis

By Amanz in January 9, 2026 – Reading time 2 minute
Gmail Kini Mengintegrasikan Gemini Dengan AI Overview, AI Inbox dan Bantuan Menulis


Gmail Kini Mengintegrasikan Gemini Dengan AI Overview, AI Inbox dan Bantuan Menulis

January 9, 2026
Google
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

Antara trend yang merisaukan sejak tahun lalu ialah integrasi kecerdasan buatan (AI) yang agresif walaupun tidak diminta. Bermula sebagai percuma sebelum harga langganan dinaikkan kepada semua walaupun anda tidak menggunakannya. Pagi ini Google mengumumkan integrasi AI Gemini ke dalam Gmail.

Dengan Gemini di Gmail beberapa ciri AI baharu kini diperkenalkan. Kita mulakan dengan AI Overview yang seperti di Search memberikan anda rangkuman emel-emel yang diterima dalam inbox. Jenis emel dan apakah tajuk yang dibincangkan akan dipaparkan bersama dengan ringkasan emel panjang. Ciri ini diberikan percuma kepada semua pengguna.

Gmail Gemini Ask

Tetapi bagi pelanggan Google AI Pro dan Ultra, anda boleh bertanya soalan kepada Gemini menggunakan bahasa biasa seperti “cari emel mengenai percutian ke Bamboo River tahun lalu” dan ia akan dipaparkan dengan segera.

Gmail Gemini Help Me Write

Seterusnya ialah ciri Help Me Write, Suggested Replies dan Proofread yang akan membantu pengguna membalas emel dengan lebih baik. Help Me Write menulis emel balas secara automatik berdasarkan emel yang diterima. Suggested Replies pula ialah penambahbaikan kepada Smart Replies yang menyarankan penulisan seterusnya berdasarkan konteks dalam perbuatan terdahulu dengan hanya satu klik.

Proofread menyemak tatabahasa dan ejaan emel yang ditulis secara automatik.Help Me Write dan Suggested Replies boleh digunakan percuma oleh semua tetapi Proofread memerlukan langganan Google AI Pro atau Ultra.

Gmail Gemini AI Inbox

Akhir sekali ialah AI Inbox yang menapis emel diterima supaya pengguna boleh memberikan fokus kepada emel paling penting. Ia boleh mengesan emel penting seperti notis bayaran atau pengesahan menghadiri mesyuarat penting. Emel-emel ini akan diberikan kelebihan dengan ia diletakkan di kedudukan paling atas dalam senarai inbox.

Kelebihan juga diberikan kepada emel yang diterima daripada individu yang paling kerap berinteraksi dengan pemilik akaun. Ciri AI Inbox masih diuji dan hanya diberikan kepada pengguna terpilih sahaja pada waktu ini.



Source link