Malaysia Oversight

Gimbal DJI RS5 Dilancar Dengan Penstabilan Baharu Dan Bateri Tahan Lama

By Amanz in January 16, 2026 – Reading time 1 minute
Gimbal DJI RS5 Dilancar Dengan Penstabilan Baharu Dan Bateri Tahan Lama


Gimbal DJI RS5 Dilancar Dengan Penstabilan Baharu Dan Bateri Tahan Lama

January 16, 2026
Fotografi

Amy Maizuraa

DJI RS5 dilancarkan di dengan beberapa peningkatan utama. Gimbal ini hadir dengan sokongan algoritma penstabilan generasi baharu yang ditambah baik dari segi penjejakan pintar, penstabilan dan pengalaman kawalan.

DJI RS 5

RS5 juga mengekalkan kekunci paksi automatik baharu yang membolehkan paksi dikunci dengan pantas apabila kamera dimatikan atau berada dalam ‘Sleep Mode’. Ciri ini memudahkan pergerakan serta membolehkan kamera kembali berfungsi dengan segera apabila dihidupkan.

DJI RS 5 7

DJI RS5 menyokong modul ‘Enhanced Smart Tracking’ baharu yang boleh memaparkan imej pada skrin serta menjejak objek seperti manusia, kenderaan atau haiwan peliharaan. Modul ini mampu menjejak sehingga jarak 10m dan boleh mengenal pasti semula subjek walaupun keluar seketika daripada bingkai. Selain itu, ia menyokong kawalan melalui gerakan atau sentuhan pada skrin dan boleh dipasang dengan mudah menggunakan sistem magnetik.

DJI RS 5 03

Algoritma penstabilan generasi baharu dioptimumkan untuk pelbagai senario penggambaran sekali gus mengurangkan kesan goyang dalam rakaman. Gabungan perisian dan perkakasan baharu ini memberikan pengalaman penggambaran yang lebih stabil.

RS5 menyokong pemegang elektronik baharu yang memudahkan penggunaan sebelah tangan serta pergerakan kamera sudut rendah. Selain itu, ia menambah penunjuk penstabilan paksi-Z pada skrin bagi membantu pengguna menyesuaikan langkah untuk menghasilkan rakaman lebih stabil.

DJI RS 5 04

Dari segi ketahanan, RS5 menawarkan bateri sehingga 30 jam penggunaan dan menyokong pengecasan pantas yang hanya memerlukan kira-kira satu jam untuk penuh. Ia juga mampu menampung muatan sehingga 3 kilogram.





Source link