Aplikasi perkhidmatan penstriman permainan video GeForce NOW kini disokong secara natif di Steam Deck. Sokongan natif ini telah diumumkan di CES 2025 tetapi hanya dilancarkan hari ini dengan ia menyokong penstriman sehingga 4K 60p apabila disambung kepada TV lengkap dengan HDR10, NVIDIA DLSS 4 dan teknologi Reflex.

Pelanggan GeForce NOW di Steam Deck turut boleh melihat peningkatan hayat bateri sehingga 50% berbanding sebelum ini. Menurut NVIDIA lagi, permainan seperti Clair Obscur: Expedition 33, Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered, Monster Hunter Wilds dan Microsoft Flight Simulator 2024 boleh dimainkan pada tetapan tertinggi menerusi GeForce Now tanpa perlu risau bateri digunakan dengan pantas.
GeForce NOW pada ketika ini menawarkan lebih 2,200 permainan video dengan ia turut menawarkan lebih 180 permainan PC Game Pass.