Malaysia Oversight

GeForce NOW Akan Memperkenalkan Had Permainan 100 Jam Setiap Bulan Bermula Januari 2026 – Malaysia Dikatakan Tidak Terkesan

By Amanz in December 24, 2025 – Reading time 1 minute
GeForce NOW Akan Memperkenalkan Had Permainan 100 Jam Setiap Bulan Bermula Januari 2026 – Malaysia Dikatakan Tidak Terkesan


GeForce NOW Akan Memperkenalkan Had Permainan 100 Jam Setiap Bulan Bermula Januari 2026 – Malaysia Dikatakan Tidak Terkesan

December 24, 2025
NVIDIA

Nazrin

Perkhidmatan penstriman permainan GeForce NOW oleh NVIDIA ialah sebuah perkhidmatan yang membolehkan pelanggan untuk memainkan permainan-permainan komputer kegemaran mereka tanpa perlu membeli sebuah komputer berkuasa, asalkan anda juga mempunyai sambungan internet yang pantas.

NVIDIA nampaknya telah mengemaskini terma penggunaan perkhidmatan ini baru-baru ini, dimana mereka memperkenalkan had masa penggunaan sebanyak 100 jam setiap bulan, tidak kira pelan langganan yang digunakan.

NVIDIA GeForce Now Android

Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru, dan telahpun diumumkan oleh NVIDIA melalui hantaran blog mereka bulan November 2024 yang mengatakan pelanggan GeForce NOW Performance dan Ultimate boleh menikmati permainan tanpa had masa sehingga Januari 2026.

Selepas ini, pelanggan akan perlu menambah masa bermain melalui pembelian 15 jam yang berharga $2.99 untuk kedua-dua pelan langganan tersebut.

Di Malaysia, perkhidmatan GeForce NOW dikelola oleh syarikat telekomunikasi YES, yang mana menurut laporan LowYat.net, pasaran tempatan dikatakan tidak akan terkesan oleh pembaharuan polisi tersebut, yang bermakna bahawa pelanggan di Malaysia masih dapat memanfaatkan penstriman tanpa had sekiranya mereka melanggan setiap bulan.

image 42

Walaupun begitu, ia juga didapati bahawa YES juga telah menghentikan langganan tahunan untuk perkhidmatan GeForce NOW, dan kini hanya menawarkan langganan bulanan, setiap tiga hari dan setiap hari.

image 43

Samada ini akan berubah, kami akan meninjau laman web YES GeForce NOW pada 1 Januari ini jika ada mereka juga akan menawarkan menstrim permainan untuk 15 jam.



Source link