Malaysia Oversight

Garmin Quatix 8 Pro Dilancarkan Dengan ‘Boat Mode’ Dan Bateri 15 Hari

By Amanz in January 14, 2026 – Reading time 1 minute
Garmin Quatix 8 Pro Dilancarkan Dengan ‘Boat Mode’ Dan Bateri 15 Hari


Garmin Quatix 8 Pro Dilancarkan Dengan ‘Boat Mode’ Dan Bateri 15 Hari

January 14, 2026
Peranti Boleh Pakai

Amy Maizuraa

Garmin Quatix 8 Pro telah dilancarkan dan direka khusus untuk mereka yang banyak menghabiskan masa di lautan. Jam tangan pintar ini menawarkan teknologi canggih yang boleh memastikan pengguna kekal berhubung walaupun berada jauh di tengah laut.

quatix 8 Pro 001

Jam tangan ini hadir dalam dua pilihan saiz iaitu 47mm dan 51mm. Ia dipadankan dengan skrin AMOLED 1.4″ beresolusi 454 x 454 piksel bersama tubuh berkaca nilam tahan calar. Selain itu, ia dilengkapi dengan pelbagai fungsi kesihatan dan kecergasan utama untuk pemantauan menyeluruh di samping lebih 100 mod sukan terbina termasuk aktiviti air seperti ski air.

quatix 8 Pro 002
Garmin Quatix 8 Pro 004

Jam tangan ini juga mengintegrasikan teknologi satelit in Reach bersama selular LTE yang membolehkan pengguna kekal berhubung walaupun berada sejauh 50 batu (bersamaan 80.4 km) dari persisiran pantai. Hasilnya, pengguna boleh menghantar mesej teks, membuat panggilan suara dan mendapatkan kemas kini cuaca secara langsung tanpa memerlukan telefon.

quatix 8 Pro 003

Turut melengkapinya adalah ‘Boat Mode’ yang lebih canggih di mana aplikasi kapal akan muncul di muka jam ketika berada di atas air dan disembunyikan apabila di darat. Melalui fungsi ini, pengguna boleh mengawal ‘autopilot’, melihat data motor ‘trolling’ serta mendapatkan maklumat kapal dengan mudah.

Garmin Quatix 8 Pro 009

Selain daripada itu, pengguna turut dapat memeriksa cuaca, menghantar daftar masuk lokasi dan berkongsi kedudukan ‘LiveTrack’ sekali gus memastikan komunikasi dan keselamatan sentiasa terjamin. Bateri yang digunakan juga mampu bertahan sehingga 15 hari dengan sekali pengecasan.



Source link