Malaysia Oversight

Garmin Bounce 2 Dilancarkan Dengan Sokongam LTE Dan Rekaan Baharu

By Amanz in September 18, 2025 – Reading time 1 minute
Garmin Bounce 2 Dilancarkan Dengan Sokongam LTE Dan Rekaan Baharu


Garmin Bounce 2 Dilancarkan Dengan Sokongam LTE Dan Rekaan Baharu

September 18, 2025
Jam

Amy Maizuraa

Garmin telah melancarkan Bounce 2 iaitu jam pintar khas untuk kanak-kanak yang dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan dan aktiviti harian.

Bounce 2 3

Jam ini menggunakan skrin AMOLED bersaiz 1.2 inci dengan resolusi 390 x 390 piksel. Ia menyokong skrin sesentuh dan dibina dengan kaca tahan lasak serta badan polimer bertetulang gentian. Selain itu, jam ini turut dipadankan dengan tali silikon yang ringan dan selesa dipakai.

Bounce 2 1

Antara ciri pintar yang ditawarkan termasuk ramalan cuaca, mod sekolah, kalkulator, permainan dan pelbagai pemasa tugas. Di samping itu, ia menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti berjalan, berlari, berbasikal, berenang, sukan musim sejuk, sukan berpasukan, sukan raket, sukan air, sukan bermotor dan seni mempertahankan diri.

Bounce 2 4

Bounce 2 dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti pengesanan insiden, bantuan kecemasan, penjejakan lokasi dan amaran keluar masuk kawasan yang ditetapkan. Semua fungsi ini menggunakan sambungan LTE yang memerlukan langganan.

Bounce 2 5 edited

Jam ini juga menyokong pelbagai sensor termasuk GPS, GLONASS, Galileo, QZSS, BeiDou dan sensor cahaya ambien. Ia boleh digunakan sehingga dua hari dan dicas menggunakan pengecas khas Garmin. Selain itu, ia mempunyai storan 4GB serta serasi digunakan bersama peranti Android dan .

Garmin Bounce 2

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link