Malaysia Oversight

Gangguan Ke Atas Cloudflare Semalam Bukan Disebabkan Serangan Siber

By Amanz in November 19, 2025 – Reading time 1 minute
Gangguan Ke Atas Cloudflare Semalam Bukan Disebabkan Serangan Siber


Gangguan Ke Atas Cloudflare Semalam Bukan Disebabkan Serangan Siber

November 19, 2025
Web 2.0

Effi Saharudin

Majoriti perkhidmatan utama yang memerlukan capaian internet tergendala selama hampir 6 jam semalam disebabkan isu sistem Cloudflare. Antara yang terjejas ialah X, ChatGPT dan Amanz sendiri tidak boleh diakses kerana sistem yang sepatutnya mengelakkan gangguan ke atas operasi yang terganggu.

Cloudflare Error masalah Down B

Pagi ini Cloudflare mengesahkan gangguan semalam tidak disebabkan oleh serangan siber seperti yang disebarkan di media sosial. Sebaliknya perubahan pada sistem pangkalan data ClickHouse menyebabkan fail konfigurasi “feature file” untuk modul Bot Management menggandakan saiz.

Fail yang terlalu besar melebihi had sistem sehingga menyebabkan berlakunya ralat HTTP 5xx meningkat. Perkhidmatan Cloudflare kembali dan hilang berkali-kali semalam kerana fail in dijana secara bergilir setiap 5 minit

Cloudflare berkata berikutan insiden ini mereka telah memperketatkan pengendalian fail konfigurasi dan menambah suis mematikan global untuk mengelakkan ia daripada berulang di masa hadapan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link