Malaysia Oversight

Fujifilm X-T30 III Ditawarkan Di Malaysia 24 November- Harga Bermula RM4248

By Amanz in November 20, 2025 – Reading time 2 minute
Fujifilm X-T30 III Ditawarkan Di Malaysia 24 November- Harga Bermula RM4248


Fujifilm X-T30 III Ditawarkan Di Malaysia 24 November- Harga Bermula RM4248

November 20, 2025
Fotografi

Amy Maizuraa

Fujifilm hari melancarkan kamera nircermin Fujifilm X-T30 III secara rasmi di Malaysia. Pelancaran ini hadir sebulan selepas pengumuman globalnya dengan ia membawakan kemas kini prestasi dan ciri-ciri moden sambil mengekalkan rekaan klasik kompak yang menjadikan filem Fujifilm mudah dikenali dari jauh.

Fujifilm X T30 III 2048x1152 1
Gambar Jin Soh/Nextrift

Dari segi spesifikasi, X-T30 III masih mengekalkan sensor 26.1MP X-Trans CMOS 4 yang dipadankan dengan cip pemprosesan X-Processor 5. Menerusi cip baharu ini, kelajuan memproses imej adalah 2x ganda lebih pantas berbanding model terdahulu. Lebih menarik, ia membolehkan sistem autofokus pengesan subjek yang jauh lebih tepat dan pantas, terutamanya ketika menjejak objek bergerak.

Fujifilm X T30 III 3 6jpg 1536x864 1
Gambar Jin Soh/Nextrift

Kamera ini juga menyokong rakaman video sehingga 6.2K/30FPS atau 4K/FPS serta mempunyai sistem auto fokus pintar yang boleh mengesan subjek dengan tepat. Fujifilm X-T30 III dilengkapi dengan Auto Mode Selector Lever baharu yang memudahkan pengguna memilih gaya warna seperti ACROS, ASTRIA dan Nostalgic Neg serta menyimpan sehingga tiga tetapan kegemaran untuk akses pantas.

Fujifilm X T30 III 4

Selain itu, ia mempunyai LED flash terbina yang berguna dalam keadaan pencahayaan rendah dan menyokong output video RAW melalui port micro-HDMI. Fujifilm X-T30 III menyokong mod video menegak 9:16 yang sesuai untuk dikongsi ke laman media sosial.

Kamera Fujifilm X-T30 III akan mula dijual di Malaysia bermula 24 November depan dengan harga adalah seperti di bawah.

  • Fujifilm X-T30 III (badan sahaja) –  RM4248 
  • Fujifilm X-T30 III (dengan lensa kitXC13-33mm) – RM4898

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link