Malaysia Oversight

Fon Telinga Huawei FreeClip 2 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM749

By Amanz in January 13, 2026 – Reading time 1 minute
Fon Telinga Huawei FreeClip 2 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM749


Fon Telinga Huawei FreeClip 2 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM749

January 13, 2026
Huawei

Amy Maizuraa

Huawei kini membuka pratempahan untuk fon telinga terbaharunya FreeClip 2 di Malaysia. Ia ditawarkan pada harga RM749 dengan pilihan warna biru, putih dan hitam. Lebih menarik, pratempahan ini turut merangkumi baucar eksklusif bernilai RM50, baucar rebat sehingga 15% serta perlindungan kehilangan percuma selama setahun bernilai RM59.

HUAWEI FreeClip 2 MY F

Huawei FreeClip 2 hadir dengan pod pengecas berbentuk segi empat pusam sambil mengekalkan rekaan Comfort Bean dan Acoustic Ball melalui C-Bridge Design. Ia kini menggunakan bahan 25% lebih lembut bagi memberikan keselesaan berpanjangan. Selain itu, ia dilengkapi penarafan IP57, bateri sehingga 38 jam serta fungsi pengesanan telinga automatik untuk meningkatkan kemudahan penggunaan.

HUAWEI FreeClip 2 MY A

Ia turut disokong oleh NPU AI yang membolehkan fungsi seperti Adaptive Volume untuk menyesuaikan tahap audio secara automatik serta Adaptive Voice Enhancement bagi menghasilkan suara yang lebih jelas. Selain itu, Huawei menambah Gesture Swipe Control sebagai pelengkap kepada Nod Motion Head dan Gesture Tap Control untuk kawalan lebih mudah.



Source link