Malaysia Oversight

Fender Audio Memperkenalkan Pembesar Suara ELIE Dan Fon Kepala MIX Ke Pasaran Malaysia

By Amanz in January 21, 2026 – Reading time 2 minute
Fender Audio Memperkenalkan Pembesar Suara ELIE Dan Fon Kepala MIX Ke Pasaran Malaysia


Fender ialah sebuah jenama peralatan muzik yang tidak asing lagi kepada peminat dan pemain muzik secara global, khusus untuk penawaran gitar elektrik dan kelengkapan muzik yang lain. Melalui sub-jenama Fender Audio, mereka juga kini memperkenalkan perkakasan audio mereka sendiri.

Fender Audio telah memperkenalkan beberapa produk di acara CES 2026, dan dua daripadanya akan memasuki pasaran Malaysia. Ia adalah pembesar suara Fender ELIE dan fon kepala Fender MIX.

Fender ELIE

Siri pembesar suara Bluetooth mudah alih ELIE (Extremely Loud Infinitely Expressive) hadir dalam dua pilihan model, iaitu ELIE E6 dan ELIE E12. Model E6 hadir dengan output kuasa 60W manakala model E12 pula mempunyai kuasa output 120W yang lebih berkuasa, dan pembesar suara terbina yang lebih besar.

Kedua-dua pembesar suara ini hadir dengan sokongan sambungan nirwayar Bluetooth dan sambungan berwayar XLR dan palam 1/4 inci yang boleh digunakan untuk bukan sahaja mendengar lagu-lagu kegemaran anda, tetapi juga boleh disambungkan kepada alat muzik anda supaya anda boleh memainkan lagu-lagu kegemaran anda.

image 61

Pembesar suara ini juga merumahkan SoC Waves keluaran Fender sendiri dan juga Digital Signal Processor untuk membenarkan penstriman audio secara berwayar dan nirwayar yang lebih berkualiti tinggi.

Fender ELIE hadir dengan bateri yang boleh bertahan selama 18 jam tanpa henti dan boleh digunakan dalam konfigurasi stereo (dua pembesar suara sekaligus) untuk pemisahan audio kiri dan kanan untuk kualiti output audio yang cukup baik sekali.

Fender MIX

Fender Audio juga memperkenalkan fon kepala Fender MIX di acara tersebut, dan ia hadir dengan rekaan yang cukup menarik sekali, menggunakan dua pemacu audio bersaiz 40mm yang diperbuat daripada bahan graphene.

Ia juga hadir dengan pemancar USB Type-C FWD Tx yang menyokong penghantaran audio tanpa kehilangan kualiti (LHDC-V), latensi rendah (LC3) dan Auracast, membolehkan keserasian audio tanpa wayar berprestasi tinggi merentasi pelbagai jenis peranti.

image 62

Sokongan lain yang hadir pada fon kepala ini termasuklah ciri pembatalan bunyi hingar aktif hibrid, dua

mikrofon dengan pembatalan bunyi hingar persekitaran dan pilihan main balik berwayar dan nirwayar. Dalam pada itu, Fender Audio turut mengatakan bahawa fon kepala ini hadir dengan jangkahayat bateri selama 100 jam dengan satu pengecasan penuh.

Pembesar suara Fender ELIE 12 akan ditawarkan pada harga RM1,899, manakala fon kepala Fender MIX dan Fender ELIE 6 akan dijual pada harga RM1,399. Ketiga-tiga produk ini akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Februari ini.



Source link