Emirates Juga Tawar Perkhidmatan Starlink Kepada Penumpang
Amy Maizuraa
Emirates akan menyediakan perkhidmatan internet Starlink di semua pesawatnya bermula November ini dengan Boeing 777 sebelum diperluaskan kepada 232 pesawat menjelang pertengahan tahun 2027. Perkhidmatan ini membolehkan penumpang melayari internet dengan lancar sepanjang penerbangan.

Pesawat pertama yang dipasang sistem ini ialah Boeing 777-300ER bernombor A6-EPF dan dipamerkan di Dubai Airshow sebelum beroperasi secara komersial pada 23 November 2025. Pemasanganjuga dijangka dibuat pada kadar 14 pesawat sebulan manakala kerja pada A380 akan bermula Februari 2026.
Setiap Boeing 777 akan dipasang dengan dua antena manakala A380 pula tiga antena bagi memastikan liputan optimum di semua kelas kabin. Sementara itu, televisyen langsung melalui Starlink turut akan ditawarkan menjelang akhir tahun ini bermula pada peranti peribadi sebelum diperluaskan ke skrin belakang tempat duduk.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






