Malaysia Oversight

Elon Musk Menjadi Manusia Pertama Mencapai Nilai Kekayaan $700 Bilion

By Amanz in December 22, 2025 – Reading time 1 minute
Tesla Mencadangkan Pelan Pampasan $1 Trilion Untuk Elon Musk Jika Kekal CEO


Elon Musk Menjadi Manusia Pertama Mencapai Nilai Kekayaan $700 Bilion

December 22, 2025
Automotif
Lain-lain

Effi Saharudin

Elon Musk awal tahun ini telah menjadi manusia pertama mencapai nilai kekayaan $500 bilion, dan minggu lalu mencatatkan nilai kekayaan mencapai $600 bilion. Seminggu berlalu dan Musk sekali lagi memecahkan rekod peribadi dengan menjadi manusia pertama mencapai nilai kekayaan melebihi $700 bilion.

Ketika artikel ditulis harta kekayaan beliau bernilai $749 bilion. Kekayaan peribadi beliau adalah lebih tinggi berbanding kekayaan gabungan Larry Page ($253 bilion) dan Larry Ellison (243 bilion) di tangga ke-2 dan ke-3.

000 8WA6DZ

Peningkatan nilai kekayaan yang terbaru ini ialah selepas mahkamah Delaware membenarkan pembayaran ganjaran $56 bilion yang dinafikan tahun lalu. Peningkatan harga saham Tesla dan nilai SpaceX juga yang turut menjadi pemangkin kepada nilai kekayaan peribadi semakin meningkat.

Musk kini di jalan yang betul untuk menjadi trilionwan pertama dalam sejarah dengan pakej ganjaran bernilai ratusan bilion akan diterima jika beliau berjaya mencapai penghantaran 20 juta EV, mengeluarkan 1 juta teksi swapandu Cybercab bagi tujuan komersial, mengeluarkan 1 juta robot Optimus juga untuk tujuan komersial dan meningkatkan keuntungan Tesla ke $400 bilion daripada $17 billion sekarang.



Source link