Elon Musk Menjadi Manusia Pertama Mencapai Nilai Kekayaan $600 Bilion
Aman
Elon Musk sebelum ini telah menjadi manusia pertama mencapai nilai kekayaan $500 bilion, dan hari ini sekali lagi Elon Musk mencatatkan rekod tersendiri dengan mencatatkan nilai kekayaan mencapai $600 bilion.

Peningkatan nilai kekayaan ini dilihat selari dengan peningkatan harga saham Tesla, disamping nilai SpaceX juga yang turut meningkat kebelakangan ini. Ia diperkatakan SpaceX akan disenaraikan di bursa menjelang tahun 2026 kelak, dan Elon Musk mempunyai 42% pegangan pada syarikat roket tersebut.
Selain kedua-dua syarikat ini, Elon Musk turut mempunyai pegangan pada syarikat kecerdasan buatan xAI yang membangunkan Grok, serta mengoperasikan media sosial X.
Menurut Bloomberg, nilai kekayaan Elon Musk kini adalah sekitar $638 bilion, dan manusia kedua terkaya dunia adalah Larry Page dengan nilai kekayaan $265 bilion.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






