Edits Dikemaskini Dengan Ciri Baharu Untuk Audio Lebih Jelas
Amy Maizuraa
Kemaskini terbaharu Edits memperkenalkan beberapa ciri baharu bagi meningkatkan pengalaman pengguna. Antara sorotan utama ialah muka taip ikonik Stranger Things yang digabungkan dengan kesan cahaya merah menyerlah. Ciri ini sekali gus menjadikannya pilihan sesuai untuk meraikan musim terakhir siri tersebut.

Seterusnya, fungsi mask digunakan untuk mengawal bahagian paparan yang ingin ditunjukkan atau disembunyikan. Melalui cara ini, pengguna dapat menonjolkan elemen penting sambil menyembunyikan bahagian lain. Hasilnya, kesan sorotan (spotlight) khas dapat dihasilkan sekali gus menjadikan video kelihatan lebih menarik.


Akhir sekali, fungsi Volume Ducking akan merendahkan bunyi muzik secara automatik apabila audio utama dimainkan. Dengan ciri ini, suara atau rakaman penting dapat didengar dengan jelas tanpa gangguan. Ia merupakan cara terbaik untuk memastikan suara pengguna kekal jelas sepanjang video. Pastikan aplikasi dikemas kini untuk mencuba semua ciri baharu ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






