Dron Digunakan Untuk Mengelakkan Serangan Beruang Di Jepun
Effi Saharudin
Tahun lalu Jepun mencatatkan 235 insiden serangan beruang yang menyebabkan 13 kematian. Ia adalah jumlah serangan tertinggi sejak rekod disimpan sehingga memaksa campur tangan Pasukan Pertahanan Darat buat untuk memburu beruang buat pertama kali dalam sejarah . Dengan musim bunga semakin hampir, bandar Ishinomaki di Wilayah Miyagi mengesahkan mereka akan menggunakan dron untuk menentang serangan beruang.

Beruang yang berhibernasi ketika musim sejuk akan mula bangun dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Maka dron yang dilengkapi semburan anti beruang telah dibangunkan oleh firma Terra Drone. Dron in dilengkapi kamera, sistem GPS dan satu tin semburan anti beruang yang diharap dapat menghalau haiwan apabila memasuki kawasan penempatan manusia. Ia boleh terbang selama 10 minit dan dikawal dari jarak 12 kilometer yang memastikan operator tidak terdedah kepada bahaya diserang selepas beruang disembur.
Ini ialah dron versi pertama dengan Terra Drone sudahpun membangunkan versi seterusnya dengan kamera infra merah dan kemampuan terbang selama 75 minit. Model lebih baik ini dijangka akan beroperasi pada bulan Mac ini.
Jumlah serangan beruang meningkat di Jepun tahun lalu kerana kawasan kampung dan luar bandar mula ditinggalkan manusia. Beruang yang lapar kini memasuki kawasan bandar dengan populasi lebih tinggi bagi mencari makanan. Perubahan iklim juga menyebabkan beruang masih aktif walaupun sehingga bulan Disember.






