
DramaBox Dinilaikan Sekitar $500 Juta – Salah Satu Platform Drama Mikro
Aman
DramaBox merupakan salah satu platform memfokuskan drama mikro menegak, membolehkan pengguna menonton pelbagai siri drama pendek sekitar 1 minit, yang digabungkan kepada lebih 100 episod. DramaBox antara yang popular di pasaran, selain satu lagi pesaing mereka, ReelShort.
Terbaru, ia dilaporkan DramaBox sedang meraih suntikan dana pelaburan berjumlah $100 juta, sekaligus menilaikan syarikat mereka sekitar $500 juta. Dana dijangka digunakan untuk terus memasarkan, menghasilkan kandungan dan lain-lain.
Untuk makluman, pihak Disney sendiri ada melabur pada DramaBox, dan pernah dalam perbincangan untuk membangunkan sejumlah novel ke drama mikro menegak. Malah, Disney sendiri baru-baru ini mengatakan ingin menambah format video menegak pada platform mereka.
Di Malaysia, penawaran seumpama ini turut menerima perhatian, termasuk Sooka yang telah mula mengintegrasikannya, disamping terdapat platform khusus seperti DoDrama yang menawarkan akses kepada sejumlah kandungan drama mikro.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





