Dr. Zulkifli Al-Bakri Perkenal Inarah Converter – Penukar Format Dokumen Dan Penyuntingan PDF
Aman
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, mantan Menteri JPM (Agama) dan Mufti Wilayah Persekutuan kini memperkenalkan penawaran perisian tersendiri, dinamakan sebagai Inarah Converter. Seperti pada namanya, ia menawarkan ciri penukaran format dari gambar ke dokumen dan sebaliknya, serta menyertakan sejumlah sokongan penyuntingan dokumen PDF. Perisian ini ditawarkan sebagai alternatif kepada penggunaan ciri sama secara atas-talian yang membawa kepada risiko privasi dan keselamatan.


Menggunakannya, pengguna dengan mudah boleh menambah fail kepadanya, dan seterusnya melakukan penukaran ke format lain. Ketika melalui proses tersebut, pengguna turut boleh melakukan pengubahan pada saiz gambar (sekiranya dokumen gambar), dan menambah teraair pada gambar.
Disamping itu, Inarah Converter turut membolehkan penyuntingan dan pengurusan dokumen PDF – termasuk untuk mengabungkan, memecahkan, menambah teraair, serta mengubah PDF ke Word.


Ciri AI turut disertakan yang membolehkan pengguna menambah dokumen PDF, dan seterusnya meminta ia merumuskan, terjemah, dan sebagainya.
Perisian ini ditawarkan secara percuma oleh Dr. Zulkifli, dan memerlukan pengguna mendaftar untuk mendapatkan kekunci lesen untuk menggunakannya secara percuma selamanya. Perisian ini ditawarkan untuk muat-turun bagi pengguna Mac sahaja buat masa ini.






