Malaysia Oversight

DJI Osmo Action 6 Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM2079

By Amanz in November 19, 2025 – Reading time 2 minute
DJI Osmo Action 6 Kini Di Malaysia – Harga Bermula  RM2079


DJI Osmo Action 6 Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM2079

November 19, 2025
Fotografi

Amy Maizuraa

DJI Osmo Action 6 dilancarkan di beberapa hari yang lalu dengan ia adalah kamera aksi tahan lasak dengan kamera dilengkapi apertur boleh diubah. Ia kini mula ditawarkan di pasaran Malaysia pada harga bermula RM 2079 untuk Standard Combo dan RM 2569 untuk Adventure Combo yang menawarkan kayu swafoto serta bateri tambahan.

DJI Osmo Action 6 B

Kamera hadir dengan sensor CMOS 1/1.1 inci, lensa sudut pandang 155°, apertur f/2.0–f/4.0 serta julat ISO sehingga 51,200 dalam mod Super Night. Imej yang dirakam mampu mencapai resolusi maksimum 7168 × 5376 piksel dengan sokongan zum digital sehingga 2x.

Selain itu, kamera ini menyokong rakaman video sehingga 4K pada 120fps, 2.7K pada 120fps dan 1080p sehingga 240fps. Ia juga menawarkan mod gerakan perlahan serta penstabilanRockSteady 3.0 dan HorizonSteady sekali gus menjadikannya pilihan ideal untuk rakaman yang lebih berkualiti tinggi.

DJI Osmo Action 6 A

Kamera ini menyokong format imej JPEG/RAW serta video MP4 (HEVC) di samping dilengkapi storan terbina 64GB dengan 50GB boleh digunakan, serta rakaman audio AAC 48kHz. Ia juga menyokong penggunaan kad microSD sehingga 1TB bagi tujuan pengembangan storan.

Dari segi ketahanan, kamera ini kalis air sehingga 20 meter tanpa sarung dan sehingga 60 meter dengan sarung khas. Dalam pada itu, kamera ini hadir dengan tiga mikrofon, skrin hadapan 1.46 inci serta skrin belakang 2.5 inci yang menawarkan kecerahan puncak sehingga 1000 cd/㎡.

Dari segi bateri, kamera ini menggunakan Li-ion 1950mAh dengan masa operasi sehingga 240 minit pada suhu bilik di samping menyokong pengecasan pada suhu sehingga 40°C. Akhir sekali, ia turut dilengkapi teknologi Wi-Fi 6 dan Bluetooth BLE 5.1 bagi tujuan sambungan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link