Malaysia Oversight

DJI Mic 3 Dijual Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM879

By Amanz in August 29, 2025 – Reading time 2 minute
DJI Mic 3 Dijual Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM879


DJI 3 Dijual Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM879

August 29, 2025
Audio

Amy Maizuraa

DJI telah melancarkan DJI 3 iaitu mikrofon nirwayar ringan dengan prestasi audio yang dipertingkat. Ia direka khas dalam ekosistem DJI OsmoAudio untuk pengguna yang mengutamakan kualiti audio premium dan pengalaman pintar.

DJI 3 menyokong sehingga empat pemancar dan lapan penerima serentak, lalu menjadikannya ideal untuk rakaman berkumpulan dan produksi berbilang kamera.

Ia merupakan mikrofon pertama dalam siri ini yang dilengkapi dengan Adaptive Gain Control, tiga tetapan tona suara, dan pembatalan bunyi aktif dua tahap.

Pemancarnya seberat 16 gram lengkap dengan klip putar dan magnetik untuk pemakaian fleksibel. Kotak pengecasan boleh menyimpan dua pemancar dan satu penerima serta ruang tambahan untuk aksesori.

DJI MIC 3 MY 5

Dari segi audio, DJI Mic 3 menawarkan dua Adaptive Gain Control iaitu Automatic Mode dan Dynamic Mode untuk menyesuaikan tahap bunyi mengikut persekitaran.

Ia juga dilengkapi tiga tetapan tona suara seperti Regular, Rich dan Bright bagi penalaan vokal yang lebih profesional.

Pembatalan hingar aktif membantu mengurangkan bunyi latar seperti penghawa dingin, manakala rakaman Lossless Audio memastikan kualiti bunyi kekal jelas.

DJI MIC 3 MY 4

Ia menyokong Quadraphonic Mode apabila digunakan dengan kamera Sony terpilih lalu membolehkan rakaman empat trek audio berasingan. Selain itu, ia menawarkan julat sambungan sehingga 400-meter dengan penukaran frekuensi automatik antara 2.4GHz dan 5GHz untuk penghantaran stabil. Fungsi Timecode terbina pula bagi memastikan audio dan video bergerak seiring tanpa gangguan.

DJI MIC 3 MY 6

DJI Mic 3 boleh beroperasi sehingga 8 jam, penerima sehingga 10 jam dan kotak pengecasan pula mencapai 28 jam penggunaan. Ciri penjimatan kuasa automatik membantu mengurangkan keperluan pengecasan.

Ia turut boleh disambung terus kepada peranti Osmo seperti Osmo 360, Osmo Action 5 Pro, Osmo Action 4 dan Osmo Pocket 3 tanpa penerima. Sambungan ke telefon pintar turut disokong melalui Bluetooth, TRS, TRRS dan USB-C.

DJI MIC 3 MY 1
DJI MIC 3 MY 3

Di Malaysia, DJI Mic 3 dijual pada harga bermula RM879 untuk unit asas. Bagi set lengkap yang disertakan dengan kotak pengecasan harganya meningkat kepada RM1,549.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link