Malaysia Oversight

Digg Dilancarkan Semula Sebagai Media Sosial Ditetapkan Komuniti Bukan Algoritma

By Amanz in January 15, 2026 – Reading time 1 minute
Digg Dilancarkan Semula Sebagai Media Sosial Ditetapkan Komuniti Bukan Algoritma


Digg Dilancarkan Semula Sebagai Media Sosial Ditetapkan Komuniti Bukan Algoritma

January 15, 2026
Web 2.0

Effi Saharudin

Selamat kembali ke era media sosial awal milenium kerana Digg telah dilancarkan semula sebagai Beta terbuka hari ini selepas diuji secara tertutup tahun lalu. Laman kini kembali ke tangan pengasas Kevin Rose dengan ia menerima dana daripada pengasas Reddit Alexis Ohanian.

digg 2025

Digg bangkit semula daripada debu dengan ia ingin mengembalikan semula era internet awal dimana kandungan adalah dijana oleh saranan komuniti dan bukannya ditentukan oleh algoritma. Pada waktu ini ia mempunyai sekitar 67 komuniti dan lebih 67,000 pengguna yang menerima jemputan. Ia boleh diakses menggunakan laman web atau menerusi aplikasi Android serta iOS.

Laman asal dilancarkan pada tahun 2004 sebelum perubahan besar menyebabkan ramai pengguna berhijrah ke Reddit menyebabkan Digg dijual kepada Betaworks pada tahun 2012. Tahun lalu Rose dan Ohanian mengumumkan mereka membeli semula Digg dengan ia akan dilancarkan semula seperti asal.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link