Dengan NLWeb, Microsoft Ingin Mengubah Semua Laman Web Menjadi Aplikasi AI
May 20, 2025
•
Effi Saharudin
Di acara Microsoft Build awal pagi tadi, NLWeb telah diperkenalkan dengan ia adalah singkatan untuk Natural Language Web. Menerusinya Microsoft mengatakan semua laman web boleh diubah menjadi aplikasi AI dengan kemampuan melakukan carian kandungan laman menggunakan bahasa biasa sama seperti carian Google Gemini dan Copilot.

Teknologi sumber terbuka NLWeb menggunakan teknologi Schema.org, RSS dan pelbagai lagi sistem data yang sudahpun disokong oleh laman web untuk membolehkan carian dilakukan dengan lebih mudah. Tidak seperti ejen AI, sistem carian untuk laman web semasa masih memerlukan kata kunci yang tepat untuk memberikan kandungan yang dicari oleh pengguna. NLWeb juga direka bagi membolehkan ia berinteraksi dengan agen AI lain. Dengan ini kandungan laman boleh dicari oleh agen AI lain.
NLWeb masih di peringkat ujian tetapi telahpun digunakan oleh laman seperti Tripadvisor, Eventbrite dan Shopify.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.