Paparan skrin komputer yang hadir dengan saiz sebuah televisyen kini tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang aneh. Di acara CES 2026, Dell telah memperlihatkan paparan skrin baru yang dinamakan Dell UltraSharp 52 Thunderbolt Hub Monitor.
Paparan skrin ini menggunakan panel IPS Black melengkung bersaiz 52 inci yang hadir dengan resolusi 6K (6144×2560) dengan kadar segar semula 120Hz.

Paparan skrin ini mungkin dilihat terlalu besar, tetapi ia boleh dijadikan paparan untuk empat buah komputer sekaligus, dan hadir dengan sokongan suis KVM (Keyboard, Video, Mouse) yang membolehkan komputer-komputer ini dikawal menggunakan satu set aksesori ini sahaja. Dari segi sokongan sistem operasi, paparan ini boleh dipadankan dengan komputer yang digerakkan menggunakan sistem operasi Microsoft Windows dan Apple MacOS.
Paparan UltraSharp 52 Thunderbolt Monitor ini juga hadir dengan beberapa palam USB Type-C yang menyokong pengecasan 140W, 27W dan 10W melalui palam USB Type-A. Paparan ini hadir dengan tiga paparan HDMi

Paparan skrin Dell Ultrasharp 52 Thunderbolt Monitor ini sudahpun mula ditawarkan di pasaran Malaysia pada tanda harga RM10,459 dan boleh dibeli melalui laman web Dell Malaysia.






