DeepSeek Dijangka Lancar Model AI Baharu Pada Februari Dengan Fokus Terhadap Pengaturcaraan
Aman
DeepSeek pada tahun lepas sedia membuat kejutan apabila berjaya menawarkan model sumber terbuka mereka yang lebih berkuasa berbanding model lain ketika itu. Kini, untuk tahun ini, DeepSeek dilaporkan sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan model generasi seterusnya, iaitu model V4.

DeepSeek V4 ini akan turut mengetengahkan ciri memfokuskan pengaturcaraan. Mengikut ujian dalaman, ia dikatakan lebih berkuasa berbanding penawaran Anthropic Claude dan juga OpenAI GPT.
DeepSeek juga dikatakan dioptimasikan untuk membolehkan pemprosesan prom pengaturcaraan yang sangat panjang, serta pembangunan projek lebih mencabar. Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan apakah penawaran DeepSeek kelak, dan bagaimanakah reaksi daripada pembangun barat melalui penawaran ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






