Malaysia Oversight

Cursor Kini Menawarkan Akses “Pro” Percuma Selama Setahun Untuk Pelajar Sekolah Dan Universiti Di Malaysia

By Amanz in May 8, 2025 – Reading time 1 minute
Cursor Kini Menawarkan Akses “Pro” Percuma Selama Setahun Untuk Pelajar Sekolah Dan Universiti Di Malaysia


Kecerdasan Buatan

Cursor Kini Menawarkan Akses “Pro” Percuma Selama Setahun Untuk Pelajar Sekolah Dan Universiti Di Malaysia

May 7, 2025

Aman

Cursor merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan dengan fokus terhadap pengaturcaraan. Melaluinya, anda boleh melakukan input teks untuk pembangunan, dan Cursor akan membantu dalam mengaturcara.

Dalam usaha mengalakkan lebih ramai menggunakan platform mereka, kini Cursor memperluaskan penawaran Cursor Pro secara percuma untuk para pelajar. Penawaran ini turut meliputi pelajar di Malaysia, termasuk di Sekolah Menengah dan juga di Universiti.

Cursor Student

Para pelajar hanya perlu melakukan pendaftaran pada laman Cursor Students, seterusnya mengesahkan identiti, dan akan menerima akses Cursor Pro secara percuma. Sekiranya anda sedia melanggan pelan Cursor Pro, anda akan dipulangkan kembali wang langganan berbaki. Melalui Cursor Pro ini, pengguna akan diberikan akses kepada 500 akses permintaan penjanaan pantas, dan akses biasa tanpa had ketika menggunakan Cursor.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link