Malaysia Oversight

Counterpoint – Penghantaran Telefon Boleh Lipat Global Meningkat Pada Q3 2025

By Amanz in December 4, 2025 – Reading time 1 minute
Counterpoint – Penghantaran Telefon Boleh Lipat Global Meningkat Pada Q3 2025


Counterpoint – Penghantaran Telefon Boleh Lipat Global Meningkat Pada Q3 2025

December 4, 2025
Peranti

Amy Maizuraa

Penghantaran telefon boleh lipat global mencatat rekod baharu pada Q3 2025 dengan pertumbuhan sebanyak 14% berbanding tahun sebelumnya sekali gus menjadikan jumlah penghantaran pada suku tersebut sebagai yang tertinggi setakat ini.

CS 001

Peningkatan terbesar didorong oleh siri Samsung Galaxy Z termasuk pelancaran model baharu Galaxy Z Fold 7 yang menyumbang kepada lonjakan permintaan. Selain itu, kejayaan siri Mate daripada Huawei serta Razr 60 daripada turut memperkukuh momentum pertumbuhan kategori telefon boleh lipat.

Samsung Galaxy Z Fold7 J

Prestasi Samsung pada Q3 2025 mencatatkan peningkatan sebanyak 32% dalam penghantaran telefon boleh lipat secara global berbanding tempoh sama tahun lalu. Huawei berada di tempat kedua dengan anggaran pegangan pasaran 15% manakala dengan 7% dan Honor dengan 6% melengkapkan kedudukan empat teratas. Sementara itu, vivo mencatatkan pegangan pasaran 4% manakala Xiaomi dengan 2% menduduki dua kedudukan terakhir dalam senarai pengeluar utama telefon pintar boleh lipat.

HUAWEI Mate X6 3

Menurut laporan yang sama, bahagian pasaran telefon boleh lipat juga kini mencapai 2.5% daripada keseluruhan penghantaran global. Model jenis lipatan seumpama buku (book style) dilihat sebagai pemacu utama pertumbuhan manakala model jenis katup (clamshell) turut menunjukkan peningkatan yang konsisten.

Honor Magic V5 F

Sementara itu, pengeluar sedia ada semakin berani meneroka inovasi baharu. Huawei, sebagai contoh, menampilkan potensi melalui eksperimen beberapa produk. Manakala, Samsung pula memperkenalkan model trifold sebagai projek rintis untuk menguji ketahanan serta mengoptimumkan perisian sebelum dikomersialkan secara lebih meluas.

Counterpoint

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link