Malaysia Oversight

Counterpoint – MediaTek Mendominasi Pasaran Global Cip Telefon Pintar Pada Q1 2025

By Amanz in June 24, 2025 – Reading time 2 minute
Counterpoint – MediaTek Mendominasi Pasaran Global Cip Telefon Pintar Pada Q1 2025


Laporan pasaran global bagi cip pemproses telefon pintar pada Q1 2025 menunjukkan bahawa MediaTek menguasai 36% daripada pegangan pasaran. Peningkatan ini didorong oleh permintaan tinggi terhadap cip kelas permulaan dan pertengahan terutamanya cip Dimensity 8400. Namun begitu, penghantaran cip bagi kategori mercu mencatatkan sedikit penurunan.

MTK 8400 A

Sementara itu, Qualcomm mencatatkan pegangan pasaran sebanyak 28%. Prestasinya kekal stabil hasil kekuatan dalam segmen cip berprestasi tinggi, khususnya menerusi cip Snapdragon 8 Elite. Cip ini turut digunakan secara eksklusif dalam siri Samsung Galaxy S25 sekaligus membantu Qualcomm mengekalkan kedudukan kukuh dalam pasaran.

counterpoints MTK

berada di tempat ketiga dengan pegangan pasaran sebanyak 17%. Peningkatan ini didorong oleh pelancaran 16e yang menggunakan cip A18. Walau bagaimanapun, prestasi mencatatkan sedikit penurunan dari suku ke suku disebabkan oleh faktor bermusim yang lazim dalam industri.

Apple iPhone 16e front
16e

UNISOC mencatatkan pegangan pasaran sebanyak 10%. Walaupun berlaku penurunan dalam jumlah penghantaran cip disebabkan permintaan yang semakin berkurang terhadap cip LTE, syarikat ini masih berjaya mengekalkan kedudukan kukuh dalam segmen telefon pintar bajet bawah AS$99 (~RM420).

Samsung mencatatkan pegangan pasaran sebanyak 5%. Peningkatan ini disumbang oleh pelancaran model seperti Galaxy A56 dengan cip Exynos 1580 dan Galaxy A16 5G yang dilengkapi cip Exynos 1330. Selain itu, penghantaran cip Exynos 1380 turut meningkat berikutan permintaan tinggi terhadap siri Galaxy A26.

Samsung Galaxy A56 F

Akhir sekali, Huawei menerusi cip HiSilicon mencatatkan pegangan pasaran sebanyak 4%. Walaupun berlaku penurunan dalam penghantaran cip berbanding suku sebelumnya, syarikat ini tetap mengekalkan prestasi yang stabil. Kejayaan ini disumbang oleh sokongan kukuh pengguna setia di serta pelancaran model Nova 13 dengan cip Kirin 8010 dan Mate 70 yang dilengkapi cip Kirin 9020.



Source link