Counterpoint – Apple Memintas Samsung Sebagai Pengeluar Telefon Pintar Terbesar 2025
Effi Saharudin
Apple dan Samsung ialah dua syarikat yang mengeluarkan jumlah telefon pinta terbesar dunia sejak sedekad yang lalu. Kedua-duanya adalah jenama yang paling kerap digunakan. Tahun ini, Counterpoint Research meramalkan Apple akan menjadi pengeluar telefon pintar terbesar dunia dan memintas Samsung buat pertama kali sejak 2011.

Menurut mereka Apple akan mengeluarkan 243 juta iPhone sementara Samsung pula mengeluarkan 235 juta telefon Galaxy. Ini memberikan Apple 19.4% pegangan pasaran berbanding Samsung dengan 18.7%.
Kedudukan Samsung sebagai pengeluar telefon pintar terbesar dunia mula goyah disebabkan penawaran syarikat daripada China yang kini semakin menarik. Dalam dunia Android, pengeluar lain lebih berani menawarkan inovasi berbanding Samsung. Samsung masih mampu bertahan kerana peranti mereka dipasarkan ke lebih banyak negara berbanding pesaing seperti Xiaomi, Oppo, Vivo, Huawei dan Honor.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






