Malaysia Oversight

Coros Pace 4 Dilancarkan Dengan Rekaan Ringan Dan Paparan AMOLED

By Amanz in November 11, 2025 – Reading time 2 minute
Coros Pace 4 Dilancarkan Dengan Rekaan Ringan Dan Paparan AMOLED


Coros Pace 4 Dilancarkan Dengan Rekaan Ringan Dan Paparan AMOLED

November 11, 2025
Peranti Boleh Pakai

Amy Maizuraa

Coros memperkenalkan jam tangan pintar terbaharu PACE 4 dengan rekaan ringan, paparan AMOLED, dan penjejakan satelit berbilang jalur. Ia direka untuk pelari dan atlet serta memberi tumpuan terhadap prestasi, ketahanan, dan kemudahan penggunaan dalam aktiviti harian.

Coros PACE 4 02 edited

PACE 4 menampilkan skrin sesentuh AMOLED 1.2 inci beresolusi 390 x 390 piksel yang dilindungi oleh kaca mineral bagi meningkatkan ketahanan.

Bahagian tubuh diperbuat daripada polimer bertetulang gentian yang ringan manakala tali silikon atau nilon sesuai untuk pergelangan tangan bersaiz 135 hingga 205mm dengan lebar 22mm.

Coros PACE 4 01 edited

PACE 4 hadir dengan reka bentuk ergonomik yang merangkumi butang digital, belakang dan aksi, serta menyokong kawalan sentuhan untuk peta dan data semasa latihan.

Ia juga menyokong sambungan Wi-Fi dan integrasi dengan aplikasi COROS di samping menawarkan ketahanan air sehingga 5 ATM. Jam ini turut dilengkapi storan dalaman 4GB dan menyokong ciri navigasi seperti Checkpoint, Back-To-Start dan Deviation Alert.

Coros PACE 4 03 edited

PACE 4 dilengkapi mikrofon untuk merakam log latihan, menerima arahan suara dan menyimpan Voice Pins. Ia turut menyokong sensor seperti pemantau denyutan jantung, kompas 3D dan Pulse Oximeter serta pemantauan suhu badan dengan aksesori yang sesuai. Mod aktiviti yang ditawarkan termasuk larian luar, larian dalam bangunan, larian denai, berbasikal serta beberapa aktiviti lain.

Coros PACE 4 07 edited

Fungsi latihan disediakan merangkumi Effort Pace untuk menilai usaha semasa berlari, serta EvoLab bagi analisis pemulihan, keletihan, beban latihan, VO2 max dan ramalan perlumbaan.

PACE 4 juga menyokong kawalan kamera aksi seperti GoPro, DJI dan Insta360 serta integrasi dengan aplikasi seperti Nike Run Club, Komoot, TrainingPeaks, Strava, Relive, adidas Running, Health dan lain-lain.

Coros PACE 4 05 edited

Dari segi bateri, PACE 4 ini mampu bertahan sehinga 41 jam dalam mod GPS standard, 30 jam dengan paparan sentiasa aktif, 14 jam dalam mod GPS penuh dan 31 jam dalam mod UltraMax. Sementara itu, masa pengecasan penuh pula mengambil masa kurang daripada dua jam.

COROS PACE 4

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link