Malaysia Oversight

Ciri Menjana Gambar Grok Kini Hanya Boleh Diakses Pelanggan Berbayar

By Amanz in January 9, 2026 – Reading time 1 minute
Ciri Menjana Gambar Grok Kini Hanya Boleh Diakses Pelanggan Berbayar


Ciri Menjana Gambar Grok Kini Hanya Boleh Diakses Pelanggan Berbayar

January 9, 2026
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

Insiden kecerdasan buatan (AI) Grok menjana gambar tidak senonoh pada penghujung tahun lalu mendapat perhatian global dengan Malaysia, India, UK, dan Perancis memulakan siasatan kerana tindakan Grok mengubah pakaian dalam gambar melanggar undang-undang privasi atas talian negara-negara tersebut.

Grok Premium Langgan

Hari ini secara mengejut ciri mengarahkan Grok untuk mengubah gambar di X telah dimatikan. Jika arahan diberikan, Grok mengeluarkan output mengatakan ciri ini hanya boleh digunakan pelanggan berbayar X Premium sahaja. Tiada sebab diberikan mengapa ini berlaku tetapi ia tiba sejurus selepas Suruhanjaya Eropah mengarahkan xAI untuk menyimpan semua log perbualan supaya siasatan boleh dilakukan.

Ciri janaan gambar ini dimatikan seketika oleh Grok seminggu lalu dengan semua gambar yang dijana dipadam selepas ia menimbulkan kontroversi. Tetapi selepas India dan Malaysia memulakan siasatan, ia diaktifkan semula dan gambar yang mengandungi elemen lucah kembali dihasilkan termasuk yang mengandungi kanak-kanak bawah umur.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link