Malaysia Oversight

Circle To Search Dan Google Lens Kini Mudahkan Pengguna Kenal Pasti Mesej Penipuan

By Amanz in December 4, 2025 – Reading time 1 minute
Circle To Search Dan Google Lens Kini Mudahkan Pengguna Kenal Pasti Mesej Penipuan


Circle To Search Dan Google Lens Kini Mudahkan Pengguna Kenal Pasti Mesej Penipuan

December 4, 2025
Google

Amy Maizuraa

Pengguna kini boleh menggunakan fungsi Circle to Search dan Google Lens untuk mengenal pasti mesej penipuan dengan lebih mudah. Hal ini demikian kerana mesej sebegini lazimnya sering meminta wang malah sebahagiannya turut mengandungi pautan ke laman web yang meragukan.

Circle to Search tanpa Google Lens

Melalui Circle to Search, pengguna hanya perlu menekan lama pada bar navigasi di peranti Android kemudian membulatkan teks yang mencurigakan untuk dianalisis. Kebolehan yang sama turut ditawarkan melalui Google Lens dalam aplikasi Google di Android dan iOS dengan langkah mudah iaitu ambil tangkap layar skrin mesej, buka Lens dalam aplikasi Google dan ketik tangkap layar tersebut untuk diproses.

SCAM Message 002

Selepas langkah tersebut dilakukan, sistem berasaskan kecerdasan buatan (AI) akan menggunakan maklumat daripada web untuk menilai sama ada mesej berkenaan berkemungkinan besar merupakan penipuan. Pengguna kemudian akan menerima ringkasan lengkap dengan panduan serta cadangan langkah seterusnya.

SCAM Message 001

Fungsi ini tersedia secara global melalui Circle to Search dan Lens, dan hanya akan dipaparkan apabila sistem mempunyai tahap keyakinan yang kukuh terhadap kualiti maklumat yang diberikan.

Google

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link