
AMD telah melancarkan cip pemprosesan kelas desktop terbaru mereka, AMD Ryzen 7 9850X3D dan ia adalah satu-satunya penawaran cip desktop terbaru keluaran syarikat tersebut.
Ia hadir dengan lapan teras fizikal dan 16 bebenang kuasa dan hadir dengan kelajuan asas 4.7GHz yang boleh dilewahjam sehingga 5.6GHz. Dengan jumlah cache sebesar 104MB, ini memudahkan komponen CPU untuk mengakses dan memproses data dengan lebih cepat dan membantu dalam meningkatkan prestasi olahan grafik dalam permainan.
Terkini, Pengurus Besar bahagian Ryzen dan Radeon, David McAfee telah mengesahkan bahawa cip pemprosesan tersebut akan mula dijual di pasaran global bermula 29 Januari 2026 pada harga $499. Ia dijangka bahawa sekurang-kurangnya tarikh pelancaran untuk cip pemprosesan ini juga adalah sama untuk pasaran Malaysia.






