Cip NVIDIA H200 Kini Boleh Dijual Kepada China Dengan Amerika Mengambil Potongan 25%
Effi Saharudin
Presiden Donald Trump akhirnya membenarkan cip kecerdasan buatan (AI) NVIDIA H200 dijual kepada China dengan Amerika Syarikat akan menerima potongan 25% daripada setiap jualan. Ini merupakan potongan lebih besar berbanding 15% yang diumumkan Ogos lalu.

Pengumuman ini telah lama dinantikan kerana sebelum ini NVIDIA dihalang daripada mengeksport cip AI kepada China sehingga menyebabkan pegangan jualan mereka di negara tersebut merosot ke sifar beberapa bulan lalu.
H200 menawarkan kuasa pemprosesan yang lebih tinggi berbanding cip H20 yang jdikeluarkan untuk negara China sahaja. Kemampuannya walau bagaimanapun masih di belakang NVIDIA Blackwell Ultra B300 yang dilancarkan awal tahun ini.
Sungguhpun NVIDIA diberikan kebenaran menjual cip kepada China, masih menjadi tanda tanya sama mereka akan mempunyai pelanggan. Kerajaan China menyarankan syarikat tempat untuk menggunakan cip keluaran tempatan seperti Huawei dengan potongan kadar elektrik sehingga 50% diberikan sebagai insentif.






