Malaysia Oversight

Cip MediaTek Helio G200 Dilancarkan Dengan Teknologi 6nm Dan Peningkatan Kamera

By Amanz in May 11, 2025 – Reading time 1 minute
Cip MediaTek Helio G200 Dilancarkan Dengan Teknologi 6nm Dan Peningkatan Kamera


Perisian

Cip MediaTek Helio G200 Dilancarkan Dengan Teknologi 6nm Dan Peningkatan Kamera

May 11, 2025

Amy Maizuraa

MediaTek telah melancarkan cip pemproses terbaharu dalam siri Helio G mereka, iaitu Helio G200. Cip ini direka untuk telefon pintar dan tablet dengan sambungan 4G. Selain itu, ia merupakan versi kemas kini bagi Helio G100 dengan beberapa peningkatan dalam aspek kamera dan keupayaan rangkaian.

Helio G200 dibina berasaskan teknologi 6nm dengan lapan teras CPU yang terdiri daripada dua teras Cortex-A76 dengan kelajuan 2.2GHz serta enam teras Cortex-A55 pada 2.0GHz. Ia masih menggunakan GPU Mali-G57 MC2. Selain itu, cip ini menyokong LPDDR4X serta storan UFS 2.2.

MTK G200 A

Cip ini juga menyokong paparan dengan resolusi sehingga 2520 x 1080 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Ia turut menyokong satu sensor 200MP atau sistem dwi-sensor 16MP. Namun, perbezaan utama dengan Helio G100 ialah sokongan teknologi 12-bit DCG (dual conversion gain), yang membolehkan rakaman video HDR serta pengurangan penggunaan kuasa sehingga 20%.

Satu lagi ciri baharu yang diperkenalkan dalam Helio G200 ialah teknologi 4G DC SAR bertujuan untuk meningkatkan pengalaman penggunaan aplikasi sosial dan pemesejan dalam kawasan dengan isyarat selular yang lemah. Menurut MediaTek, teknologi ini mampu mengurangkan kependaman sehingga 30% dan meluaskan julat sambungan sehingga 83%.

Buat masa ini, MediaTek belum mengumumkan bilakah peranti dengan cip Helio G200 akan mula dijual di pasaran.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link