Cip MediaTek Dimensity 9500 Akan Dilancarkan Pada 22 September
September 17, 2025
Lain-lain
Effi Saharudin
Cip mercu Apple A19 Pro telah dilancarkan oleh Apple dan kini tiba giliran peranti Android juga menerima beberapa cip mercu mereka sendiri. Pada 22 September depan, MediaTek mengesahkan cip Dimensity 9500 akan dilancarkan dalam sebuah acara yang berlangsung di China.

Cip ini ialah kemas kini untuk Dimensity 9400 dengan ia akan menggunakan teras CPU baharu Arm C-1 dan GPU ARM Mali G1-Ultra yang diumumkan minggu lalu. Ia akan bertanding secara terus dengan Apple A19 Pro, Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan Exynos 2500. Peranti pertama yang menggunakan cip ini ialah siri Vivo X300.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.