CIMB – Kelulusan SecureTAC Biometrik Diperlukan Untuk Transaksi Dalam Talian Terpilih
Amy Maizuraa
CIMB kini mewajibkan kelulusan SecureTAC untuk transaksi terpilih di laman CIMB Clicks dan laman web pedagang. Pengguna boleh meluluskan transaksi ini melalui Aplikasi CIMB OCTO dengan memilih pengesahan biometrik menggunakan Face ID atau cap jari, kod laluan peranti atau kata laluan aplikasi.

Sekiranya fungsi pengecaman wajah atau cap jari diaktifkan, pengguna perlu menghantar permintaan transaksi, kemudian menerima notifikasi melalui Aplikasi CIMB OCTO, menekan SecureTAC, menyemak butiran transaksi dan meluluskan menggunakan pengesahan biometrik. Jika fungsi biometrik ini tidak diaktifkan atau gagal, langkahnya masih sama tetapi pengesahan boleh dilakukan melalui kod atau kata laluan aplikasi. Setelah identiti disahkan, transaksi akan diluluskan.
Terdahulu, Maybank turut melaksanakan pengesahan biometrik untuk kelulusan Secure2u di aplikasi MAE bagi meningkatkan keselamatan perbankan dalam talian dan mengelakkan transaksi tanpa kebenaran.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





