Malaysia Oversight

China Mempunyai Hampir 20 Juta Titik Pengecasan EV – Rangkaian Terbesar Dunia

By Amanz in January 23, 2026 – Reading time 2 minute
Secara Purata Bateri EV Boleh Bertahan Sehingga 13 Tahun Menurut Kajian Terkini


Mempunyai Hampir 20 Juta Titik Pengecasan EV – Rangkaian Terbesar Dunia

January 23, 2026
Automotif

Effi Saharudin

Tahun lalu BYD secara rasmi memintas Tesla sebagai pengeluar kenderaan elektrik (EV) terbesar di dunia. Ini adalah cara membalas dendam terbaik oleh BYD kerana Elon Musk mentertawakan usaha awal EV BYD yang dikatakan buruk jika dibandingkan dengan produk Tesla. Terdapat banyak teori mengapa dalam masa kurang dua dekad boleh mendominasi pasaran EV global. Antaranya ialah sokongan oleh sendiri untuk memastikan penggunaan EBV yang tinggi di dalam negara terlebih dahulu.

Pada penghujung 2025, Pentadbiran Tenaga Negara China mengeluarkan data terkini menunjukkan sehingga penghujung 2025, negara mereka kini mempunyai 19.322 juta titik pengecasan. Daripada jumlah ini 4.625 juta ialah pengecas awam dan 14.697 juta lagi ialah pengecas swasta. China berjaya menambah 52% jumlah pengecas dalam masa setahun dengan ia secara purata menyokong pengecasan 45.34 KW.

Kereta Elektrik Logo Car

China bukan sahaja mempunyai rangkaian pengecasan EV terbesar di dunia, ia juga mempunyai kepadatan pengecas awam kedua tertinggi dunia dengan nisbah 9 EV untuk 1 pengecas awam. Belanda di tangga pertama dengan nisbah 5 EV untuk 1 pengecas awam.

Walaupun Amerika Syarikat bertanggungjawab mempopularkan penggunaan EV menerusi Tesla, ia mempunyai nisbah 31 EV untuk 1 pengecas awam. Pada penghujung 2025, Amerika Syarikat mempunyai sekitar 230,000 pengecas awam sahaja di seluruh negara yang adalah kedua tertinggi selepas China.

Bagaimana pula dengan Malaysia? Menurut data dikongsi Suruhanjaya Tenaga, Malaysia mempunyai 5,360 pengecas awam sehingga penghujung 2025. Ini adalah jauh daripada sasaran 10,000 pengecas awam menjelang penghujung 2025 yang disasarkan sebelum ini. Di Malaysia terdapat 113,585 EV maka ini memberikan nisbah 21.19 EV untuk 1 pengecas awam di Malaysia yang adalah lebih baik berbanding Amerika Syarikat!



Source link