Malaysia Oversight

China Membenarkan Penghantaran Pertama Pemprosesan AI NVIDIA H200 Ke Negara Tersebut

By Amanz in January 28, 2026 – Reading time 2 minute
Cip NVIDIA H200 Kini Boleh Dijual Kepada China Dengan Amerika Mengambil Potongan 25%


Membenarkan Penghantaran Pertama Pemprosesan AI NVIDIA H200 Ke Negara Tersebut

January 28, 2026
NVIDIA

Nazrin

Pertelagahan ekonomi diantara Amerika Syarikat dan kini dilihat sudah reda sedikit dengan berita terbaru yang mana akhirnya telah membenarkan import komponen pemprosesan AI NVIDIA H200 untuk digunakan oleh syarikat-syarikat China.

Sebelum ini, syarikat-syarikat seperti NVIDIA telah dilarang oleh Amerika Syarikat untuk menjual komponen-komponen pemprosesan AI mereka ke syarikat-syarikat China kerana dikhuatiri bahawa pemesatan maklumat dan teknologi di negara tersebut, dan ini memaksa NVIDIA untuk membangunkan dan menjual komponen khusus untuk pasaran tersebut.

Akan tetapi, setelah sekian lama berbalah, dimana Amerika Syarikat akhirnya telah membenarkan untuk komponen-komponen generasi sebelumnya dijual tanpa memerlukan perubahan dari segi spesifikasi, dengan syarat NVIDIA memberi sebahagian daripada nilai jualan komponen ini kepada kerajaan Amerika Syarikat.

nvidia hgx h200
nvidia-hgx-h200

Walaupun begitu, terdapat satu lagi pergolakan dari pihak kerajaan China pula yang dikatakan sedang mempertimbangkan halangan jualan komponen tersebut dari China. Dari pandangan pihak kerajaan, ia dilihat sebagai satu langkah untuk mereka membangunkan teknologi sendiri dan mengurangkan kebergantungan dari negara luar.

Akan tetapi, Reuters baru-baru ini telah melaporkan bahawa kerajaan China akan membenarkan komponen-komponen ini diimport oleh syarikat-syarikat China tanpa sebarang halangan. Akan tetapi, kebenaran import ini diberikan secara berperingkat, dengan tiga syarikat pertama merupakan syarikat-syarikat internet besar, tetapi tiada butiran tentang nama-nama syarikat ini diberikan.

Setakat ini ia tidak diketahui lagi berapa banyakkah komponen pemprosesan AI NVIDIA H200 yang akan dihantar dalam masa terdekat ini, dan bilakah kebenaran tambahan akan diberikan kepada syarikat-syarikat lain.

Reuters



Source link