ChatGPT Kini Mempunyai Lebih 500 Juta Pengguna Mingguan, Lebih 2.5 Bilion Prom Harian
July 21, 2025
•
Aman
OpenAI kini berkongsi menyatakan perkhidmatan ChatGPT, iaitu sokongan kecerdasan buatan janaan mereka yang ditawarkan sejak beberapa tahun ini, kini mempunyai lebih 500 juta pengguna aktif setiap minggu. Majoriti besar daripadanya adalah pengguna perkhidmatan percuma.
OpenAI juga turut mengatakan pengguna ChatGPT menghantar lebih 2.5 bilion prom setiap hari melalui perkhidmatan berkenaan – sekaligus memperlihatkan penggunaan yang tinggi dalam kalangan pengguna seluruh dunia untuk menggunakan perkhidmatan kecerdasan buatan janaan berkenaan.
Pelbagai pihak kini giat membangunkan platform mereka, termasuk Google dengan Gemini, selain Meta yang turut bersaing dengan Meta AI mereka. Tidak ketinggalan juga pelbagai industri yang kini mula mengoptimasikan operasi perniagaan dengan mengintegrasikan penggunaan kecerdadsan buatan janaan dalam operasi, sekaligus mengurangkan keperluan pekerja.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.